::Ana Muslimah::

Foto saya
Langkah Ini... Akan pasti terhenti. Namun,Sebelum janji itu terpatri, Sebelum masa itu tiba, Akan ku teruskan hayunan langkah. Biar dihadapannya mehnah, Akan ku gagah melangkah. Biar kaki ini luka berdarah, Tidak sekali ku menyerah kalah. Demi sebuah CITA dan CINTA, Aku tidak berputus asa. Andai ditakdirkan jasad ini rebah, Hati Redha kerana-Mu ALLAH... Demi CITA-NYA, Demi CINTA-NYA, Akan aku GAGAH!

~Dunia & Batasan~

Ruangan ini ruangan ilham. Tentang warna-warni kehidupan insan. Soal keilmuan, sejarah, tokoh, srikandi, hobi, cita-cita dan impian, alam dan peristiwa. Tidak mampu dilakar dengan lukisan maka yang terzahir hanyalah luahan kata dari pena bisu. Segalanya saling berkaitan. Apa yang tersimpan adalah hak peribadi dan persendirian, bukan tujuan komersial dan perdagangan. Tiada limitasi dalam perkongsian cuma hanya perlu berhati-hati dalam memilih tindakan. Dunia maya tanpa sempadan namun dunia nyata punya batasan.

Isnin, Disember 12, 2011

Srikandi Islam : Aminah Al-Jauhari



AMINAH AL-JAUHARI MEMIMPIN AMAL AKHWAT 
DARI KATIL SAKIT



Beliau adalah seorang wanita agung, pedoman dan contoh tauladan bagi generasi penerus kelansungan dakwah. Merupakan seorang pesakit kencing manis dan sakit jantung. Walaubagaimanapun, sakit yang ditanggung tidak menjadi alasan untuk beliau berlepas diri dari melaksanakan kewajipan dan tuntutan-tuntutan dakwah, beliau tidak sekali-kali berdiam diri dalam berhadapan dengan taghut dan sekutunya, bahkan beliau sentiasa meniupkan ruh dan semangat jihad ketika mana ketakutan dan kebimbangan menyerang dan menyusup masuk ke dalam jiwa-jiwa pemuda Islam. Sehingga akhirnya beliau menjadi tahanan rejim Jamal Abdul Nasir atas alasan mengetuai gerakan akhawat, sedangkan beliau sentiasa terlantar di atas katil sakit!

Beliau adalah Aminah Ali, dan lebih dikenali sebagai Aminah Al-Jauhari (bersempena nama suaminya Ustaz Mahmud Al-Jauhari). Perkahwinan barakah ini berlaku pada tahun 1930 dan dengan rahmat-Nya, Allah membuka pintu hati mereka untuk mengenali dakwah Ikhwan lima tahun selepas perkahwinan barakah tersebut.

Aminah Ali bukanlah seorang yang berkelulusan tinggi. Beliau tidak mempunyai sebarang ijazah kelulusan universiti. Tetapi beliau merupakan seorang yang banyak membaca dan menulis serta banyak menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Dan kelebihan ini digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan fikrah Islam dan Ikhwan kepada masyarakat sekelilingnya melalui pengajaran kelas-kelas di masjid-masjid yang kebanyakannya dihadiri oleh golongan isteri, ibu dan pemudi Ikhwan.


~Tinta Pemburu Ilmu~

~Tinta Pemburu Ilmu~