::Ana Muslimah::

Foto saya
Langkah Ini... Akan pasti terhenti. Namun,Sebelum janji itu terpatri, Sebelum masa itu tiba, Akan ku teruskan hayunan langkah. Biar dihadapannya mehnah, Akan ku gagah melangkah. Biar kaki ini luka berdarah, Tidak sekali ku menyerah kalah. Demi sebuah CITA dan CINTA, Aku tidak berputus asa. Andai ditakdirkan jasad ini rebah, Hati Redha kerana-Mu ALLAH... Demi CITA-NYA, Demi CINTA-NYA, Akan aku GAGAH!

~Dunia & Batasan~

Ruangan ini ruangan ilham. Tentang warna-warni kehidupan insan. Soal keilmuan, sejarah, tokoh, srikandi, hobi, cita-cita dan impian, alam dan peristiwa. Tidak mampu dilakar dengan lukisan maka yang terzahir hanyalah luahan kata dari pena bisu. Segalanya saling berkaitan. Apa yang tersimpan adalah hak peribadi dan persendirian, bukan tujuan komersial dan perdagangan. Tiada limitasi dalam perkongsian cuma hanya perlu berhati-hati dalam memilih tindakan. Dunia maya tanpa sempadan namun dunia nyata punya batasan.

Rabu, April 29, 2015

Asas Kait Jarum Satu (Basic For Beginners) : Single Crochet

SIRI 4



Bismillahirrahmanirrahiim...

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang, alhamdulillah saya diberikan satu lagi kekuatan dan kesempatan untuk meneruskan perkongsian yang mungkin tidak seberapa ini. Macam pic yang saya kongsikan di atas, it's not about perfect, it's about effort. Ya, bukan tentang kesempurnaan, tapi tentang usaha. ^_^ Inilah juga salah satu usaha kecil saya. walau hanyalah sebuah perkongsian hobi dan minat. *_^ Bagaimana dengan latihan membuat chain stitch (tali air)? Harap-harap bermanfaat.

Kali ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk meneruskan langkah seterusnya dalam crochet iaitu Single Crochet.





Video Tutorial

 


P/s : Mudahkan? walaupun pertama kali mungkin kurang kemas, terbelit sana sini (macam saya dulu)huhu, atau mungkin tersalah step, jangan berhenti. Latih dan terus berlatih ye. Insya Allah semoga dipermudahkan. Opsss, lagi satu jangan lupa baca basmalah ye. *_*
                                                                               
***

"Hidup adalah soal pilihan... Segalanya tergantung pada hati dan akal untuk memilih dan menentukan... Sekalipun hakikatnya, dipenghujungnya nanti bakal tersingkap Sebuah Hakikat; Bahawa segalanya telah tertulis dalam percaturan takdir Allah... Maka, Berjalanlah Tanpa Henti.. Melangkahlah Dengan Pasti.. Sehingga Nafas Ini Terhenti, Ketika Janji Itu Terpatri..." 


Isnin, April 27, 2015

Asas Kait Jarum Satu (Basic Crochet For Beginners) : Chain Stitch (Tali Air)

SIRI 3

Bismillah wa hamdan syukran lillah...

Segala puji bagi Allah dan Rasul-Nya. Kasih dan sayang buat ibu dan ayah serta semua saudara seagama dan makhluk Allah di dunia yang fana ini. ^_^ Alhamdulillah kita berjumpa lagi dalam ruangan teratak ilham saya ini. Seperti pic yang saya kongsikan di atas, apa pun yang kita lakukan, siapapun kita, jangan pernah berhenti untuk mencuba, belajar, berjuang, mengkaji, melakukan apa sahaja yang kita inginkan dalam hidup, sehinggalah keajaiban dari pertolongan Allah tiba dan dizahirkan untuk kita. Salah satunya usaha kecil saya ini. Mungkin tiada penghargaan dunia, tapi cukuplah kita menghargai diri sendiri. Kan? *_^

O ye, macam mana latihan membuat slip knot? mudahkan? ^_^ latih berkali-kali insya Allah akan jadi profesional. :) Tanpa membuang masa, kali ini saya ingin meneruskan perkongsian tentang kaedah membuat chain stitch atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai tali air.

Selepas kita membuat slip knot, kita akan terus membuat chain. Kita boleh memilih untuk memuat beberapa chain stitch yang kita kehendaki. Dalam latihan ini saya cadangkan kita membuat dalam 10 chain. Contohnya kalau nak membuat simple flower (5 chain), new born baby booties (30-35 chain ikut saiz kaki baby) aksesori phone (10-15 chain) dan sebagainya. 




Disini daya sertakan video tutorial membuat chain stitch yang saya rasa mudah diikuti untuk mereka yang baru mempelajari step crochet. ^_^



p/s: Salah satu cara mudah untuk diikuti dengan penerangan yang ringkas. Feel free untuk survey video lain, tapi pada saya video The Knit Witch adalah yang paling singkat dan ringkas mengikut step berasingan. ^_^

All the best. Slow and steady. Latih dan latih. Insya Allah akan jadi cekap.

Semoga bermanfaat. ^_*

                                                                          ***


"Hidup adalah soal pilihan... Segalanya tergantung pada hati dan akal untuk memilih dan menentukan... Sekalipun hakikatnya, dipenghujungnya nanti bakal tersingkap Sebuah Hakikat; Bahawa segalanya telah tertulis dalam percaturan takdir Allah... Maka, Berjalanlah Tanpa Henti.. Melangkahlah Dengan Pasti.. Sehingga Nafas Ini Terhenti, Ketika Janji Itu Terpatri..." 

 ~Mengorak Langkah Mencetus Paradigma Generasi Solehah~

Asas Kait Jarum Satu (Basic Crochet For Beginners) : Slip Knot

SIRI 2

Bismillah wa hamdan syukran lillah..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang dengan izin dan limpahan rahmat-Nya saya dan kita semua dapat bernafas dan hidup dalam nikmat iman dan Islam. Kali ini saya ingin menunaikan janji untuk berkongsi tentang cara mudah untuk memulakan proses mengait jarum satu atau crochet.

Seperti yang telah saya sebutkan dalam entri sebelumnya, ada beberapa perkara asas dalam crochet dan perkara pertama untuk memulakan proses mengait adalah slip knot. Slip knot digunakan sebagai asas dalam kedua-dua teknik mengait sama ada jarum satu (crochet) atau jarum dua (knitting).

Sebelum tu, perkara pertama yang perlu disediakan sebelum memulakan kerja mengait, kita perlulah ada bahan iaitu jarum kait satu (tak kisah saiz apa pun), benang untuk mengait (yarn) dari jenama apa saja (cth: minlon, nona) dan gunting. Kalau tak ade, macam mana nak mula kan? ^_^ ibarat nak jeneral nak pegi berperang tapi tak ade tentera. 

Baiklah, tanpa memperpanjang kalam, di bawah ini saya sertakan video tutorial yang saya rasa antara yang paling mudah dari semua video yang saya lihat dalam youtube khususnya untuk mereka yang baru mula mengenal 'cik kait mengait' ni. Ada banyak video tutorial dalam youtube jadi feel free untuk ikut yang mana satu. Saya suka tengok The Knit Witch sebab saya rasa cara dia mudah. ^_^



p/s : dalam video ni jarum yang digunakan tu adalah untuk knitting, bukan crochet tapi teknik slip knot ni asas untuk kedua-dua jenis kaitan ni. Jadi jangan bimbang. ;)

Ok? all the best untuk saya dan mereka-mereka yang minat bab kait mengait. Belajar dan terus belajar. Semoga urusan saya dan kita semua dipermudahkan. 

Jangan lupa untuk baca Basmalah ye sebelum mula. Niat untuk belajar dan berbakti pada orang lain. Moga-moga ia menjadi satu nilaian ibadah. ;)

Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat. ^_*


"Hidup adalah soal pilihan... Segalanya tergantung pada hati dan akal untuk memilih dan menentukan... Sekalipun hakikatnya, dipenghujungnya nanti bakal tersingkap Sebuah Hakikat; Bahawa segalanya telah tertulis dalam percaturan takdir Allah... Maka, Berjalanlah Tanpa Henti.. Melangkahlah Dengan Pasti.. Sehingga Nafas Ini Terhenti, Ketika Janji Itu Terpatri..." 

 ~Mengorak Langkah Mencetus Paradigma Generasi Solehah~

Asas Kait Jarum Satu (Basic Crochet For Beginners) : Asas Pengenalan

SIRI 1 

Bismillah wa hamdan syukran lillah...
Alhamdulillah. Setelah sekian lama ber'uzlah' dari medan penulisan blog, akhirnya saya kembali. Kembali untuk menunaikan janji pada diri sendiri. Azam memulakan lagi langkah yang telah lama tegak kaku. ^_^ Perubahan itu perlu. Kali ini dan mulai saat ini saya ingin berkongsi tentang kesukaan yang telah terlalu lama saya tinggalkan lantaran tuntutan kehidupan sebagai pelajar. Kesukaan untuk mengait. ^_^

Seperti yang kita sedia maklum (mungkin ada yang belum maklum) mengait ada dua jenis. Kait jarum satu (Crochet) dan kait jarum dua (Knitting). Keduanya punya asas dan kaedah yang berbeza. Hasilnya juga berbeza. Tapi saya nak berkongsi tentang kait jarum satu (crochet) sebab saya belum 'master' dalam knitting (masih dalam proses belajar). ^_^ 

Baiklah, tak nak perpanjang kalam, dalam crochet ni ada beberapa perkara asas yang perlu kita ketahui iaitu :

1. Slip Knot
2. Chain Stitch
3. Single Crochet (Sc)
4. Half Double Crochet 
5. Double Crochet (dc)
6. Triple / Treble Crochet (tr)

Nampak term dan penggunaan bahasa memang seram. Macam susah je. Terbelit lidah nak sebut. Tapi Insya Allah, lepas belajar, tak adelah sesukar yang disangkakan. Alhamdulillah masa mula nak mengasah balik ingatan yang dah berkarat, (saya pun kena mula belajar semula, almaklum bila ilmu tak diamalkan ^_^) sekali latihan dah boleh hasilan satu karya walaupun tak berapa sempurna. Insya Allah, entri seterusnya saya akan kongsikan ye. Kali ini kita berkenalan je dulu. ;)

Apabila kita dah belajar step-step di atas, melalui crochet ni kita boleh hasilkan banyak karya, contohnya baby bootties (kasut baby), bunga hiasan, topi (macam snow cap), socks, scarf dan sebagainya. Apa yang penting, asas utama yang perlu ada adalah minat, kesabaran dan ketelitian, sebab klu orang rabun macam saya, bila dah salah masuk stitch, kena patah balik la jawabnya. ^_^ Tapi kelebihannya, kita boleh baiki kaitan yang tersilap tu, yang penting sabar. ;) ok? 

                                                                             ***

"Hidup adalah soal pilihan... Segalanya tergantung pada hati dan akal untuk memilih dan menentukan... Sekalipun hakikatnya, dipenghujungnya nanti bakal tersingkap Sebuah Hakikat; Bahawa segalanya telah tertulis dalam percaturan takdir Allah... Maka, Berjalanlah Tanpa Henti.. Melangkahlah Dengan Pasti.. Sehingga Nafas Ini Terhenti, Ketika Janji Itu Terpatri..." 

Khamis, April 23, 2015

Catatan Kehidupan : Soal Hidup dan Pilihan

Bismillah wa hamdan syukran lillah...

Segala puji hanya buat Allah SWT dan Rasul-Nya. 

Melalui rutin kehidupan insani, melihat ragam dan karenah manusia, timbul satu persoalan dalam benak fikiran. Tindakan yang manakah lebih baik?

Berkongsi rasa duka bersama orang lain, berendam dalam air mata bersama dan menghayati kedukaan itu seperti kita juga melalui dan merasainya lalu larut dalam rasa itu tanpa menyedari masa berlalu

ATAU

Memilih untuk membina kebahagiaan sendiri lalu memberi, mengajar orang lain untuk menghapuskan air mata duka, bagaimana untuk ketawa, gembira dan berkongsi rasa bahagia

ATAU

Ada pilihan lain...

                                                                                  ***


"Hidup adalah soal pilihan... Segalanya tergantung pada hati dan akal untuk memilih dan menentukan... Sekalipun hakikatnya, dipenghujungnya nanti bakal tersingkap Sebuah Hakikat; Bahawa segalanya telah tertulis dalam percaturan takdir Allah... Maka, Berjalanlah Tanpa Henti.. Melangkahlah Dengan Pasti.. Sehingga Nafas Ini Terhenti, Ketika Janji Itu Terpatri..." 

~Mengorak Langkah Mencetus Paradigma Generasi Solehah~

Ahad, April 19, 2015

Catatan Kehidupan : Don't Judge People

Bismillah wa hamdan syukran lillah...

Melakar kehidupan dengan tinta lukisan tidak mudah. Adakalanya yang terlukis tidak mampu menggambarkan apa yang terjadi. Kita melihat, mendengar, bercakap dan adakalanya menjadi manusia yang mudah sekali untuk menghakimi orang lain. Bahkan tanpa sedar ada ketika sehingga mencapai tahap mencerca, menghina. Mengapa begitu wahai insan budiman? Apakah kita lupa Allah telah mengingatkan di dalam al-Qur'an bahwa jangan menghina atau mencaci orang lain kerana boleh jadi orang yang dihina itu lebih baik dari mereka yang menghina. Allah Maha Mengetahui sedang kita tidak mengetahui.




"Hidup adalah soal pilihan... Segalanya tergantung pada hati dan akal untuk memilih dan menentukan... Sekalipun hakikatnya, dipenghujungnya nanti bakal tersingkap Sebuah Hakikat; Bahawa segalanya telah tertulis dalam percaturan takdir Allah... Maka, Berjalanlah Tanpa Henti.. Melangkahlah Dengan Pasti.. Sehingga Nafas Ini Terhenti, Ketika Janji Itu Terpatri..." 

 ~Mengorak Langkah Mencetus Paradigma Generasi Solehah~

~Tinta Pemburu Ilmu~

~Tinta Pemburu Ilmu~