PESANAN DARI SEORANG ADAM...
Hawa...
Sedarkah Engkau Sebelum Datangnya Sinar Islam, Kita
Dizalimi, Hak Kita Dicerobohi, Kita Ditanam Hidup Hidup, Tiada Perghormatan
Walau Secebis Oleh Kaum Adam, Tiada Nilaian Di Mata Adam, Kita Hanyalah Sebagai
Alat Untuk Memuaskan Hawa Nafsu Semata. Tapi Kini Bila Rahmat Islam
Menyelubungi Alam, Bila Sinar Islam Berkembang, Darjat Kita Diangkat, Dipandang
Mulia, Dan Mendapat Tempat Di Sisi Allah Sehingga Tiada Sebaik-baik Hiasan
Dunia Melainkan Wanita Solehah.
Wahai Hawa...
Kenapa Engkau Tak Menghargai Nikmat Iman Cara Islam
Itu? Kenapa Mesti Engkau Kaku Dalam Mentaati Ajaran-Nya, Kenapa Masih Segan
Mengamalkan Isi Kandungan-Nya, Kenapa Masih Was-was Dalam Mematuhi Perintah-Nya
Dan Kenapa Masih Enggan Melaksanakan Syariat-Nya?Hawa?
Wahai Hawa..
Tangan Yang Mengayun Buaian Bisa Menggoncang Dunia,
Sedarkah Hawa Kau Bisa Mengoncang Dunia Dengan Melahirkan Manusia Yang Hebat
Yakni Anak Yang Soleh Solehah, Kau Bisa Menggegar Dunia Dengan Menjadi Isteri
Yang Taat Serta Memberi Dorongan Dan Sokongan Pada Suami Yang Sejati Dalam
Menegakkan Islam Di Mata Dunia.
Tapi Hawa Jangan Sesekali Kau Cuba Menggoncang
Keimanan Lelaki Dengan Lembut Tuturmu, Dengan Ayu Wajahmu, Dengan Lenggok
Tubuhmu. Jangan Kau Menghentak Hentak Kakimu Untuk Menyatakan Kehadiranmu.
Jangan Hawa, Jangan....
Jangan Sesekali Cuba Menarik Perhatian Kaum Adam
Yang Bukan Suamimu, Kerana Aku Khuatir Ia Mengundang Kemurkaan Dan Kebencian
Allah. Tetapi Memberi Kegembiraan Pada Syaitan Kerana Wanita Adalah Jala
Syaitan, Alat Dieksploitasikan Oleh Syaitan Dalam Menyesatkan Adam.
Hawa..
Andai Engkau Belum Berkahwim Jangan Kau Risau Akan
Jodohmu, Ingatlah Hawa Janji Tuhan Kita, Wanita Yang Baik Adalah Untuk Lelaki
Yang Baik. Jangan Menggadaikan Maruahmu Hanya Semata Mata Seorang Lelaki,
Jangan Memakai Pakaian Yang Menampakkan Susuk Tubuhmu Hanya Untuk Menarik
Perhatian Atau Bertujuan Memikat Seorang Lelaki, Kerana Kau Bukan Memancing
Hatinya Tapi Merangsang Nafsunya. Jangan Dimulakan Sebuah Pertemuan Dengan
Lelaki Yang Bukan Muhrim Kerana Aku Khuatir, Dari Mata Turun Ke Hati. Dari
Senyuman Membawa ke Salam. Dari salam, timbulnya Pertemuan.... Dan Dari
Pertemuan Takut Lahirnya Nafsu Kejahatan Yang Menguasai Diri.
Hawa....
Lelaki Yang Baik Tidak Melihat Paras Rupa, Lelaki
Yang Soleh Tidak Memilih Wanita Melalui Keseksiannya, Lelaki Yang Warak Tidak
Menilai Wanita Melalui Keayuannya, Kemanjaannya Serta Kemampuannya Mengoncang
Iman Mereka.
Tetapi Hawa, Lelaki Yang Baik Akan Menilai Wanita
Malalui Akhlaknya, Peribadinya Dan Yang Penting, Pegangan Agamanya. Lelaki Yang
Baik Juga Tidak Menginginkan Pertemuan Dengan Wanita Yang Bukan Muhrimnya
Kerana Dia Takut Untuk Memberi Kesempatan Kepada Syaitan Untuk Menggodanya.
Lelaki Yang Warak Juga Tak Mahu Bemain Cinta Kerana Dia Tahu Apa Matlamat Dalam
Sebuah Pertemuan Antara Lelaki Dan Wanita, Yakni Sebuah Perkahwinan.
Oleh Itu Hawa...
Jagalah
Pandanganmu, Awasilah Auratmu, Peliharalah Akhlakmu, Kuatkan Pendirianmu. Andai
Ditakdirkan Tiada Cinta Daripada Adam Untukmu, Cukuplah Hanya Cinta Allah
Memenuhi Dan Menyinari Kekosongan Jiwamu, Biarlah Hanya Cinta Daripada Kedua
Ibu Bapamu Yang Beri Hangatan Kebahagiaan Buat Dirimu, Cukuplah Sekadar Cinta
Adik Beradik Serta Keluarga Yang Membahagiakan Dirimu.
Hawa....
Cintailah Allah Di Kala Susah Dan Senang Kerana Kau
Akan Perolehi Cinta Dari Insan Yang Juga Menyintai Allah. Cintailah Kedua Ibu
Bapamu Kerana Kau Akan Perolehi Keredhaan Allah. Cintailah Keluargamu Kerana
Kau Tidak akan Menemui Cinta Yang Bahagia Selain Daripada Cinta Keluarga.
Hawa....
Ingatanku Yang Terakhir, Biarlah Tangan Yang
Mengayun Buaian Ini Bisa Mengoncang Dunia Dalam Mencapai Keredhaan Allah.
Jangalah Sesekali Tangan Yang Mengoncang Dunia Ini Juga Yang Mengoncang Iman
Lelaki, Kerana Aku Sukar Menerimanya Dan Aku Benci Setiap Kali Mendengarnya…
"Mengorak Langkah Mencetus Paradigma Generasi Solehah..."