::Ana Muslimah::

Foto saya
Langkah Ini... Akan pasti terhenti. Namun,Sebelum janji itu terpatri, Sebelum masa itu tiba, Akan ku teruskan hayunan langkah. Biar dihadapannya mehnah, Akan ku gagah melangkah. Biar kaki ini luka berdarah, Tidak sekali ku menyerah kalah. Demi sebuah CITA dan CINTA, Aku tidak berputus asa. Andai ditakdirkan jasad ini rebah, Hati Redha kerana-Mu ALLAH... Demi CITA-NYA, Demi CINTA-NYA, Akan aku GAGAH!

~Dunia & Batasan~

Ruangan ini ruangan ilham. Tentang warna-warni kehidupan insan. Soal keilmuan, sejarah, tokoh, srikandi, hobi, cita-cita dan impian, alam dan peristiwa. Tidak mampu dilakar dengan lukisan maka yang terzahir hanyalah luahan kata dari pena bisu. Segalanya saling berkaitan. Apa yang tersimpan adalah hak peribadi dan persendirian, bukan tujuan komersial dan perdagangan. Tiada limitasi dalam perkongsian cuma hanya perlu berhati-hati dalam memilih tindakan. Dunia maya tanpa sempadan namun dunia nyata punya batasan.

Rabu, Mei 13, 2015

Catatan Kehidupan : Saya, Al-Qur'an dan Piano

Sudut 1: Al-Qur'an dan Instrumental yang menenangkan



 Bismillah wa hamdan syukran lillah..

Alhamdulillah kita masih dikurniakan kesempatan, dihiasi nikmat iman dan Islam. Masih punya kehidupan, mak ayah dan keluarga tercinta. Sekalung cinta dan selawat buat Rasulullah SAW, para sahabat dan ahlul bayt baginda, para pejuang kebenaran dari dulu hingga kini dan akan datang. Sungguh, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Diselangi nikmat kehidupan yang tidak pernah putus, setiap manusia punya kegemaran dan kesukaan masing-masing. Ada yang suka menulis, memasak, menjahit, bercucuk-tanam dan sebagainya. Bagi saya, semua itu karya. Selayaknya kita saling berkongsi dan menghargai. Demikian saya juga, selain mengait, kesukaan lain saya adalah belajar keyboard/piano. Macam kucing comel di atas. ^_^ Saya bukanlah penggemar muzik, lagu-lagu sebagainya. Mungkin bagi sesetengah orang, mendengar lagu adalah cara untuk 'release tension', bahkan juga bagi yang meyakini terapi terbaik untuk merawat jiwa dan minda adalah Al-Qur'an. Itu sudah semestinya. Tapi bagi saya, mendengar bacaan murattal Al-Qur'an atau alunan irama instrumental bukan kerana 'tension, stress' atau sebagainya, tapi kerana suka. Kegemaran. Berbeza kan?

Selain mendengar murattal dari qari seperti Misyari Rasyid al-Afasi yang seringkali menjadi peneman jalan menuju laluan mimpi, saya juga suka pada alunan irama instrumental yang dihasilkan dari alat muzik piano. Tanpa lagu, irama yang dihasilkan bagi saya lebih sedap dari lagu yang punya lirik. Kerana suka pada ketenangan instrumental inilah membawa saya kepada satu kesukaan yang pelik juga. Salah satu kesukaan saya yang sangat tidak diketahui orang lain melainkan diri (me myself) dan beberapa individu yang benar-benar mengenali. ^_^ Sebab saya hanya akan menunjukkan kesukaan yang satu ini ketika saya bersendiri tanpa ada tugasan yang menyertai. Khususnya bila berada di rumah (my home town). Tanpa piano, ada keyboard yang tak berapa nak keyboard itulah saya melatih jari-jari dan memainkan irama mengikut suka hati dan minda saya. *_*  Bermula dari telinga yang suka mendengar (instrumental), lastly jari pula mengambil alih (not-not dan bermain chord).

Nak belajar? JOM... ^_^




(Dalam piano, ada 52 warna putih dan 36 berwarna hitam. Semua terdiri dari not asas A,B,C,D,E,F,G. Melalui not-not inilah akan terbentuk chord major, minor dsb.)

Bersambung.... ^_^

P/S : Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah. Hanya apabila salah memilihnya membuat kita jadi berdosa. Nak jadikan minat jadi ibadah? Jangan abaikan tanggungjawab utama. Hobi tetap hobi, jangan sampai menjadi pengganti amal fardhi. ;) Minat dan suka tidak salah tapi jangan sampai melalaikan tanggungjawab diri. ^_* Semoga bermanfaat.

***

"Hidup adalah soal pilihan... Segalanya tergantung pada hati dan akal untuk memilih dan menentukan... Sekalipun hakikatnya, dipenghujungnya nanti bakal tersingkap Sebuah Hakikat; Bahawa segalanya telah tertulis dalam percaturan takdir Allah... Maka, Berjalanlah Tanpa Henti.. Melangkahlah Dengan Pasti.. Sehingga Nafas Ini Terhenti, Ketika Janji Itu Terpatri..."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~Tinta Pemburu Ilmu~

~Tinta Pemburu Ilmu~