SIRI 3
Bismillah wa hamdan syukran lillah...
Segala puji bagi Allah dan Rasul-Nya. Kasih dan sayang buat ibu dan ayah serta semua saudara seagama dan makhluk Allah di dunia yang fana ini. ^_^ Alhamdulillah kita berjumpa lagi dalam ruangan teratak ilham saya ini. Seperti pic yang saya kongsikan di atas, apa pun yang kita lakukan, siapapun kita, jangan pernah berhenti untuk mencuba, belajar, berjuang, mengkaji, melakukan apa sahaja yang kita inginkan dalam hidup, sehinggalah keajaiban dari pertolongan Allah tiba dan dizahirkan untuk kita. Salah satunya usaha kecil saya ini. Mungkin tiada penghargaan dunia, tapi cukuplah kita menghargai diri sendiri. Kan? *_^
O ye, macam mana latihan membuat slip knot? mudahkan? ^_^ latih berkali-kali insya Allah akan jadi profesional. :) Tanpa membuang masa, kali ini saya ingin meneruskan perkongsian tentang kaedah membuat chain stitch atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai tali air.
Selepas kita membuat slip knot, kita akan terus membuat chain. Kita boleh memilih untuk memuat beberapa chain stitch yang kita kehendaki. Dalam latihan ini saya cadangkan kita membuat dalam 10 chain. Contohnya kalau nak membuat simple flower (5 chain), new born baby booties (30-35 chain ikut saiz kaki baby) aksesori phone (10-15 chain) dan sebagainya.
Disini daya sertakan video tutorial membuat chain stitch yang saya rasa mudah diikuti untuk mereka yang baru mempelajari step crochet. ^_^
p/s: Salah satu cara mudah untuk diikuti dengan penerangan yang ringkas. Feel free untuk survey video lain, tapi pada saya video The Knit Witch adalah yang paling singkat dan ringkas mengikut step berasingan. ^_^
All the best. Slow and steady. Latih dan latih. Insya Allah akan jadi cekap.
Semoga bermanfaat. ^_*
***
"Hidup adalah soal pilihan... Segalanya tergantung pada hati dan akal untuk memilih dan menentukan... Sekalipun hakikatnya, dipenghujungnya nanti bakal tersingkap Sebuah Hakikat; Bahawa segalanya telah tertulis dalam percaturan takdir Allah... Maka, Berjalanlah Tanpa Henti.. Melangkahlah Dengan Pasti.. Sehingga Nafas Ini Terhenti, Ketika Janji Itu Terpatri..."
~Mengorak Langkah Mencetus Paradigma Generasi Solehah~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan